Tuesday

Pulau-pulau bunga orkid di Tasik Kenyir, Terengganu, Malaysia





Tasik Kenyir yang terletak di daerah Hulu Terengganu, Terengganu, Malaysia telah dibangunkan dengan pelbagai kaedah pembangunan bagi tujuan pelancongan dan rekreasi. Salah satu cara menarik pengunjung ke Tasik Buatan atau empangan terbesar di Terengganu itu ialah dengan mewujudkan taman-taman orkid di pulau-pulau tertentu di sana. Antara pulau-pulau yang terlibat ialah:

Pulau Hulu Selimbar
Pulau Hilir Selimbar
Pulau Belit

Pelbagai bunga orkid dari pelbagai spesies dari dalam dan luar negara akan menghiasi pulau-pulau orkid berkenaan. Lebih daripada 3000 spesies bunga orkid akan menghiasi pulau-pulau itu termasuklah yang paling kecil dan paling besar di dunia. Terdapat juga bunga orkid yang mempunyai bau yang wangi dan sudah pasti terdapat juga spesies bunga orkid yang mempunyai bau yang busuk. Pulau-pulau bunga orkid tersebut dikatakan telah dihubungkan oleh jambatan bagi memudahkan pengunjung beralih dari satu pulau ke pulau yang lain. Pengunjung juga dikatakan boleh membeli sebahagian pokok bunga orkid atau anggerik yang dipamerkan.



Semoga sedap mata memandang..:)

Lagi gambar bunga orkid:
Part 1
Part 2
Part 3
Part 4
Part 5


Bunga anggerik , Bunga Orkid , Koleksi Orkid

  Add to Technorati Favorites

Technorati tags :   


4 comments:

BeLLa said...

hai pencinta bunga anggerik :)

admin said...

hai cik Bella..:)

che'pi said...

wah..... jom gi kenyir...

Ginny Laura said...

WOW Keren nie artikelnya
Sambil baca artikel ini, Aku numpang promosi deh !
Agen Bola, Bandar Bola Online, Situs Taruhan Bola, 7meter