Wednesday

Media Penanaman Orkid atau Anggerik Yang Biasa Digunakan





Faktor peredaran udara dan keupayaan menyimpan air perlu diberi keutamaan ketika memilih media penanaman anggerik atau orkid. Ini kerana kesesuaian media penanaman orkid memberi kesan terhadap pertumbuhan sebahagian spesis orkid. Media yang digunakan hendaklah mampu memberi ruang pengudaraan yang baik kepada pokok yang ingin ditanam. Selain itu media tersebut mampu mengekalkan kelembapan terhadap akar pokok-pokok orkid serta mampu menyediakan tempat untuk kedudukan baja-baja ketika hari pembajaan.

Media-media yang biasa digunakan dalam penanaman orkid:

Arang

-saiz arang yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan ukuran pasu supaya pertumbuhan pokok tidak terbantut.

-tips bagi menggunakan arang sebagai media penanaman bunga anggerik atau orkid ialah merendam arang terlebih dahulu didalam larutan baja dalam jangka masa tertentu bertujuan menggalakkan pertumbuhan pokok pada masa akan datang.

-biasanya dicampur bersama ketulan batu-bata dalam proses penanaman.


Batu-bata

-saiz bata yang digunakan bersesuaian dengan ukuran pasu sama seperti arang bagi menggalakkan pertumbuhan pokok.

-tips penggunaan batu-bata sebagai media penanaman orkid ialah seelok-eloknya batu-bata yang ingin digunakan dibersihkan dahulu dan direndam didalam larutan baja sama seperti arang.

-biasanya dicampur bersama arang dalam proses penanaman.





Sabut Kelapa

-Menggunakan sabut kelapa sebagai media penanaman orkid sesuai bagi pokok-pokok yang tidak terlalu besar.

-tips penggunaan sabut kelapa sebagai media penanaman orkid ialah memastikan sabut tidak mudah busuk dan dijangkiti kulat.


Lumut

-Lumut yang dikenali sebagai lumut spaghnum lebih sesuai kepada orkid yang memerlukan kelembapan.


Tanah
-Lebih sesuai kepada orkid mampu tumbuh diatas tanah.


Media-media lain



Technorati tags :



bunga anggerik bunga orkid orchid

Add to Technorati Favorites

Penyiraman Pokok Orkid

Bunga Anggerik




-Air yang kurang adalah lebih baik daripada terlebih air.

-Orkid mampu bertahan sekiranya kekurangan air dan mudah rosak jika terlebih air.

-Kekerapan penyiraman bergantung kepada jenis atau spesis Orkid. Ada yang mampu bertahan lebih lama dan ada yang tidak mampu bertahan tanpa air.

-Kaedah semburan lebih sesuai kepada pokok Orkid bertujuan memberi kelembapan.

-Waktu pagi adalah lebih baik berbanding waktu petang.

-Pokok berbunga tidak memerlukan air yang banyak berbanding pokok yang sedang membesar.





Technorati tags :


bunga anggerik bunga orkid orchid

Add to Technorati Favorites

Bunga Anggerik

Sunday

Koleksi gambar bunga orkid (Pokok Hiasan Orkid)

bunga anggerik


Koleksi gambar bunga orkid :

1.Gambar Orkid 1

2.Gambar Orkid 2

3.Gambar Orkid 3





bunga anggerik


Add to Technorati Favorites

Technorati tags :

bunga anggerik bunga orkid orchid

Saturday

Netting (Jaring) Bagi Pokok Orkid

Netting atau jaring juga penting dalam penanaman orkid atau anggerik. Netting digunakan sebagai pelindung haba atau kepanasan sinaran cahaya matahari sesuai dengan pokok anggerik yang pelbagai. Netting juga berfungsi memperlahankan pergerakan air terutama air hujan ketika mencurah ke arah tumbuhan tersebut. Kebiasaannya, netting merupakan pengganti kepada atap bagi sesuatu struktur bangsal atau pondok orkid. Kreativiti pemilik merupakan faktor utama kecantikan sesebuah bangsal orkid yang dihiasi pelbagai bunga-bungaan orkid. Pemasangan netting yang sepadan dengan struktur bangsal dapat menghasilkan suasana pemandangan yang cukup menarik bagi sesiapa yang melihatnya. Keadaan pondok orkid yang serasi dengan dekorasi laman menambahkan lagi suasana segar dan nyaman kepada pemilik ketika berehat di waktu lapang. Harga pasaran terkini netting adalah sekitar RM60 bagi yang berukuran 45 meter panjang. Netting bagi tumbuhan orkid ini biasanya berwarna hitam dan boleh didapati di kedai-kedai input pertanian.



Add to Technorati Favorites


Technorati tags :

Bunga Anggerik Dan Suhu Persekitaran

Suhu persekitaran berperanan dalam pendebungaan orkid. Tahukah anda bahawa terdapat spesis orkid tertentu bergantung kepada suhu dalam proses pendebungaan. Suhu yang bersesuaian dengan sesuatu spesis tersebut amat penting kerana dikatakan mampu menentukan sama ada cepat atau lambat pokok itu berbunga. Kita hanya merancang, Tuhan menentukan segalanya. Walaubagaimanapun, kita harus mencari ikhtiar dalam menyelesaikan sesuatu perkara. Anda digalakan mengenali terlebih dahulu spesis orkid daripada penjual sebelum membelinya bagi menentukan proses penjagaan pada masa akan datang. Jika manusia dengan pelbagai karenah, tumbuhan pula pelbagai jenis. :-)


Add to Technorati Favorites




Technorati tags :



Friday

Bunga Anggerik Vs Periuk Kera

Kemajuan sector pertanian pada masa kini memberi impak yang positif kepada penggemar-penggemar tanaman terutama tumbuhan hiasan. Kebanyakan penggemar tumbuhan hiasan ini sanggup berbelanja lebih semata-mata memenuhi hajat yang terpendam.
Saingan bunga anggerik pada masa kini ialah periuk kera. Periuk kera ialah sejenis tumbuhan hiasan yang semakin digemari oleh sebahagian rakyat Malaysia dan serantau dengannya kerana keunikan struktur tumbuhan terbabit berbeza dengan tumbuhan lain. Periuk kera juga adalah tumbuhan yang mampu memerangkap serangga dalam ‘bekas’ periuknya.
Walaupun perkembangan periuk kera semakin meningkat, namun populariti bunga anggerik tidak terjejas. Kedua-dua tumbuhan yang berbeza ini mempunyai nilai komersial yang tersendiri dimana mampu menarik minat pengumpul-pengumpul tumbuhan hiasan. Bunga anggerik atau orkid dengan bunga-bungaan menarik dan pelbagai. Manakala bagi periuk kera, kepelbagaian ‘bekas’ periuk kera yang unik berjaya menambat hati para penggemarnya. Walaupun penjagaan kedua-dua jenis tumbuhan ini agak rumit, namun kerumitan tersebut mendatangkan kepuasan apabila menampakkan hasil yang ‘sedap’ dipandang.
Orkid dan periuk kera mampu memberi pulangan yang menguntungkan kepada peniaga-peniaga tumbuhan terbabit. Kedua-duanya mempunyai nilai pasaran yang tinggi jika spesis-spesis tertentu sukar ditemui. Tidak hairan jika penjual tumbuhan-tumbuhan ini sanggup berkejar ke sana sini semata-mata mendapatkan stok yang mendapat permintaan ramai kerana pulangannya sangat menguntungkan. Apabila mata sedap memandang, hati pula tertawan.

Racun Anai-anai

Anai-anai mengganggu ketenteraman kediaman anda?
Racun anai-anai Chemicide 75+ , Furadan 3G dan Carbofuron 3G mungkin dapat membantu anda menyelesaikan masalah tersebut. Racun-racun ini boleh didapati di kedai-kedai input pertanian seluruh negara. Info ini sesuai kepada penggemar bunga anggerik.
*(Penjualan racun perosak memerlukan lessen daripada Jabatan Pertanian Malaysia)

Racun Perosak atau Racun Serangga (Bena, belalang, kumbang)

Anda mempunyai masalah berkaitan serangga perosak tanaman?
Racun serangga Plasbon 250 dan CH Malaxion 84.0 mungkin dapat membantu anda mengatasi masalah tersebut. Anda boleh mendapatkan racun-racub perosak terbabit di kedai-kedai input pertanian seluruh negara. Info ini sesuai kepada penggemar bunga anggerik.
*(Penjualan racun perosak memerlukan lessen daripada Jabatan Pertanian Malaysia)

Tuesday

Tips Sebelum Membeli Racun Rumpai

Apabila anda mempunyai minat berkebun, tentu sekali anda ingin keadaan kebun anda menarik dan kemas. Oleh yang demikian persekitaran yang bersih sesuai diberi keutamaan untuk mejadikan taman atau kebun anda kelihatan dijaga rapid an memberi kepuasan kepada mereka yang singgah ke taman anda. Untuk pengetahuan umum, racun rumpai boleh dikategorikan kepada dua jenis iaitu racun sentuh dan racun serap.

Racun sentuh adalah racun yang menyentuh daun rumpai atau lalang tanpa menyerap ke akar dalam proses pembunuhan tumbuhan terbabit. Kebarangkalian racun jenis ini menyerap ke akar adalah sangat kurang atau tidak langsung. Ini kerana tindak balas racun ini ke atas bahan-bahan yang diracun (daun-daun) hanya mengenai bahagian yang terkena racun dan sangat kurang atau tidak langsung meresap ke bahagian akar. Walaubagaimanapun, tindak balas racun jenis ini lebih cepat berbanding racun jenis serap. Ini kerana kandungan racun jenis ini bertindak dengan cepat ke atas daun-daun tersebut menyebabkan mudah layu dan mati. Kelemahan racun jenis ini adalah mengenai pertumbuhan balik yang lebih cepat rumpai atau lalang pada kawasan yang diracun. Namun, bagi mereka yang lebih suka kepada sesuatu yang pantas, racun jenis ini sesuai kepada anda. Tempoh yang diambil bagi kawasan yang diracun menampakkan kesan adalah beberapa jam selepas diracun.

Racun serap adalah racun yang meresap ke akar dalam proses pembunuhan tumbuhan terbabit. Racun jenis ini lebih bertindak ke bahagian akar berbanding daun-daun. Ini kerana kandungan racun jenis ini bertindak balas ke atas akar bagi menyelesaikan tugasannya. Kelebihan racun jenis ini adalah mengenai pertumbuhan semula yang lambat rumpai atau lalang pada kawasan yang diracun. Walaubagaimanapun, tempoh untuk racun jenis serap ini menampakkan kesan ke atas bahan-bahan yang diracun adalah seminggu atau lebih.

Racun rumpai dibezakan dengan kelas-kelas tertentu mengikut kekuatan kandungan racun ke atas bahan-bahan yang diracun. Antara kelas-kelas tersebut adalah Kelas Ib, Kelas II, Kelas III dan Kelas IV. Biasanya racun sentuh dikelaskan kepada Kelas Ib kerana kekuatan kandungannya adalah kuat kerana mampu membunuh rumpai dalam tempoh yang agak cepat. Racun serap biasanya dikelaskan dengan Kelas II, Kelas III dan Kelas IV. Kandungan racun Kelas II adalah lebih kuat berbanding racun Kelas III dan Kelas IV. Kebanyakan kekuatan racun adalah berdasarkan perawis aktifnya.

Penerangan di atas diharap dapat membantu anda terutama peminat bunga anggerik sebelum berhajat membeli racun rumpai mengikut kehendak anda.

(AMARAN : RACUN RUMPAI ADALAH BERBAHAYA DAN HANYA BOLEH DIJUAL KEPADA MEREKA YANG BERUMUR 18 TAHUN DAN KE ATAS)

Saturday

Bunga anggerik @ Bunga orkid (gambar-gambar bunga)

bunga anggerik

bunga anggerik

bunga anggerik

bunga anggerik

bunga anggerik

bunga anggerik

Thursday

bunga anggerik dan dekorasi laman

cuba ini dekorasi laman

Monday

Baja-baja Yang Sesuai Dengan Bunga anggerik


Baja Fijiliam 45 (Hijau 45)

Baja Fijiliam 45 ialah baja yang mengandungi bahan kimia berkhasiat N.P.K. Penggalak pertumbuhan untuk semua jenis pokok dan tumbuhan. Untuk kegunaan biasa, Baja Fijiliam 45 akan menambahkan keronggaan serta kesuburan tanah walaupun tanaman secara giat dijalankan. Baja Fijiliam 45 adalah baja yang mempunyai kawalan penyerapan.

Peraturan mengguna:
1-Kadar kegunaan (setiap 2 minggu).
Pokok pasu kecil : ½ sudu the penuh bagi 1 pasu.
Pokok pasu besar : 1 sudu besar penuh bagi 1 pokok.
Pokok muda : 1 sudu besar penuh bagi 1 pokok.
Pokok tua : 100 gram bagi 1 pokok.
Batas pokok bunga : 400 gram bagi 10 m (10’X10’)
2-Taburkan baja keatas tanah pada akar pokok jauh dari tangkainya.
3-Gemburkan baja ke dalam tanah supaya lebih berkesan.
4-Terus siramkan air pada pokok yang telah dibaja.




Baja Fijiliam 46 (Kambing 46) (Organik kambing)

-Penggalak pertumbuhan

Cara menggunakan :
(Bagi Orkid @ anggerik)

5-10 biji.
Sebar rata di dalam pasu.





Baja Fijiliam 47 (Merah 47)

-Penggalak bunga

Baja Fijiliam 47 ialah baja yang mengandungi bahan kimia berkhasiat N.P.K. Penggalak pertumbuhan untuk semua jenis pokok dan tumbuhan. Untuk kegunaan biasa, Baja Fijiliam 47 akan menambahkan keronggaan serta kesuburan tanah walaupun tanaman secara giat dijalankan. Baja Fijiliam 47 adalah baja yang mempunyai kawalan penyerapan.

Peraturan mengguna:
1-Kadar kegunaan (setiap 2 minggu).
Pokok pasu kecil : ½ sudu the penuh bagi 1 pasu.
Pokok pasu besar : 1 sudu besar penuh bagi 1 pokok.
Pokok muda : 1 sudu besar penuh bagi 1 pokok.
Pokok tua : 100 gram bagi 1 pokok.
Batas pokok bunga : 450 gram bagi 10 m (10’X10’)
2-Taburkan baja keatas tanah pada akar pokok jauh dari tangkainya.
3-Gemburkan baja ke dalam tanah supaya lebih berkesan.
4-Terus siramkan air pada pokok yang telah dibaja.





Baja Fijiliam 55 (Ungu 55)

-Memekarkan bunga

Baja Fijiliam 55 adalah rumusan baja yang istimewa dari Belanda. Ia mengandungi
12% Nitrogen(N), 18% Fosfuros(P), 25% Potosium(K) ditambahkan dengan zat makanan. Tambahan dan Potosium Nitra Blent. Untuk kegunaan biasa, ia akan lebih memekarkan lagi bunga serta berwarna menarik pada pokok-pokok bunga anda.

Peraturan mengguna :
1-Kadar kegunaan (setiap 2 minggu)
Pokok pasu : 5 gram
Pokok muda : 10 gram
Pokok tua : 100 gram
2-Taburkan baja ke atas tanah pada akar pokok jauh dari tangkainya.
3-Gemburkan baja ke dalam tanah supaya lebih berkesan.
4-Terus siramkan air pada pokok yang telah dibaja.


(SUMBER : Fijiliam Enterprise Sdn Bhd Negeri Sembilan , Malaysia.).






Baja Semburan Bermutu Tinggi

(High Quality Foliar Fertilizer)
KAGAYAKI P-69 (More Bloom)

Cara kegunaan :
Orkid, bunga mewah dan lain-lain bunga :
Bancuhkan 20 gm atau satu sudu makan Kagayaki More Bloom P-69 dalam 2 gelen air menyiram pokok dengan seminggu sekali.

(SUMBER : Syarikat Pertanian Kagayaki Sdn Bhd, Selangor, Malaysia.).

Wednesday

Bunga anggerik @ bunga orkid (Kisah umum penggemar orkid)


Bagi penggemar bunga anggerik, hobi yang dimiliki mereka dapat memberi kepuasan yang mendalam kepada kehidupan mereka. Minat yang membuak-buak terhadap bunga anggerik atau lebih dikenali dengan panggilan orkid mampu menghilangkan kebosanan dan melupakan bebanan kerja seharian. Keindahan dan kecantikan bunga anggerik dapat mengaburi pemikiran yang sememangnya berserabut dengan pelbagai masalah. Penanaman anggerik merupakan hobi yang menguntungkan serta memberi keceriaan kepada pemiliknya. Anggerik dapat memberi pulangan yang tidak ternilai dari pelbagai aspek kepada sesiapa sahaja terutama yang memang menggemari bunga anggerik. Tidak dinafikan bahawa orkid atau anggerik ini boleh mendatangkan obses kepada sesiapa yang meminatinya. Tidak keterlaluan jika dikatakan penggemar anggerik tidak kisah untuk membelanjakan wang mereka semata-mata untuk mendapatkan bunga yang sedap untuk ditatap mereka. Mereka sanggup merantau kemana-mana sahaja bagi mengumpul pelbagai spesis anggerik yang belum dimiliki mereka. Mereka juga tidak kisah untuk bertukar-tukar koleksi bunga yang ada dengan penggemar-penggemar anggerik yang lain. Pada hakikatnya, kebanyakan penggemar anggerik mampu untuk menjual kembali koleksi mereka jika mereka mahu. Tetapi perasaan sayangkan koleksi-koleksi yang telah dikumpulkan sejak sekian lama mengatasi keadaan tersebut.

Friday

Bunga anggerik @ bunga orkid (Mengenali orkid)

Ada 808 spesies orkid di Malaysia yang boleh dikenali menerusi bunga atau batang orkid. Cara pertumbuhan orkid atau anggerik dapat dikenal pasti melalui batang pokok orkid tersebut. Kita dapat mengetahui sama ada sesuatu orkid itu orkid simpodium atau orkid monopodium. Bagi orkid simpodium, ia boleh tumbuh diatas pokok (epifit) atau atas tanah (terestrial). Batangnya mempunyai bentuk bebawang semu, menjalar dan pertumbuhan berbagai hala. Daun dan akar terbit daripada bebawang semu dan tunas baru mengeluarkan bunga apabila matang. Bagi orkid monopodium, ia mempunyai batang yang kecil dan diliputi daun-daun. Daunnya ditembusi akar-akar udara yang keluar daripada batang. Orkid monopodium tidak mempunyai batang yang bercabang dan mampu mengeluarkan tunas-tunas baru selepas dipotong. Kebanyakan pokok anggerik atau orkid bergantung kepada suhu persekitaran untuk menghasilkan bunga. Tempoh berbunga sesuatu pokok orkid pula bergantung kepada spesis orkid berkenaan sama ada yang kerap berbunga atau memakan masa yang lama untuk berbunga. Bagi peminat orkid, kesabaran perlu dititikberatkan setelah anda memiliki sesuatu spesis orkid yang lambat berbunga. Anda akan mendapat kepuasan apabila pokok tersebut mengeluarkan bunga setelah sekian lama anda menunggunya. Tempoh mekar bagi spesis yang lambat untuk berbunga juga mungkin lama tetapi ia bergantung kepada jenis pokok dan penjagaan yang baik.

Bunga anggerik @ bunga orkid (Faktor pemilihan)


Faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum membeli orkid.

1)Mengenalpasti kematangan pokok bunga anggerik yang hendak dibeli.

2)Kenalpasti sama ada sepsis atau baka orkid tersebut cepat atau lambat untuk berbunga.

3)Kesesuaian pokok bunga anggerik tersebut sama ada yang memerlukan tempat redup atau pun panas.

4)Cuba periksa pasu yang digunakan sama ada baru atau lama.Lebih elok sekiranya yang baru ditukar.

5)Kesegaran pokok sama ada mendapat penjagaan sewajarnya dari pekedai.

6)Sebaik-baiknya pilih yang belum mekar atau kembang sepenuhnya supaya mampu ditatap lebih lama apabila dibawa pulang. Lebih-lebih lagi pokok bunga anggerik atau orkid yang mengambil tempoh yang lama untuk berbunga.

7)Tentu sekali yang sesuai dengan kemampuan.

Bunga Anggerik @ bunga orkid (Sebagai pokok hiasan)


Bunga anggerik atau bunga orkid merupakan tumbuhan berbunga yang sesuai dijadikan pokok hiasan bagi mencantikan sesuatu kawasan menjadi lebih segar dan indah. Daya kreativiti seseorang dapat menghasilkan satu suasana taman yang segar melalui susunan dan kepelbagaian warna bunga-bungaan anggerik atau orkid. Tanpa mengira jenis atau saiz pokok hiasan tersebut mampu mengubah persekitaran anda menjadi lebih segar dan nyaman. Pokok hiasan ini sesuai bagi mengindahkan ruang taman sesebuah kediaman melalui keunikan dan keindahan kelopak-kelopak bunganya yang pelbagai. Bunga anggerik atau bunga orkid mempunyai banyak spesis yang berbagai-bagai iaitu dianggarkan melebihi 1000 spesis.

Bunga anggerik @ bunga orkid (Sebagai hobi dan kerjaya)


Sebagai manusia tentu sekali atau berkali-kali kita mempunyai hobi bagi mengisi masa lapang mahupun menenangkan fikiran yang serabut. Salah satu hobi yang menjadi kegilaan oleh sebahagian rakyat Malaysia ialah mengumpul, menjaga, membela dan membelek-belek tumbuhan yang disukai mereka. Sebahagian daripada mereka ini menjadikan hobi tersebut sebagai punca rezeki atau dengan erti kata lain sebagai kerjaya sepenuh masa. Mereka berani menyahut cabaran seperti apa yang dilaungkan "pertanian adalah perniagaan" bagi mencapai kejayaan yang dihajati.

Walaubagaimanapun, bukan semua orang sanggup bersusah payah demi kelangsungan hidup yang lebih terjamin. Penggemar atau peminat tanaman berkait bunga-bungaan merupakan sebahagian daripada rakyat Malaysia yang sanggup membelanjakan wang mereka semata-mata minat yang mendalam terhadap kecantikan serta keunikan kejadian alam yang mempunyai kepelbagaian variasi warna tersebut. Salah satu daripadanya ialah peminat bunga anggerik atau lebih dikenali sebagai bunga orkid. Jika di Malaysia bunga raya menjadi bunga kebangsaan, bunga anggerik pula merupakan bunga kebangsaan bagi negara Singapura.