Saturday

Tips Memilih Tumbuhan Terbaik Untuk Taman Anda Yang Cantik








Banyak kali kita membeli tumbuh-tumbuhan mengikut gerak hati kemudian mendapati tiada tempat di taman yang benar-benar sesuai dengan mereka. Sebelum membeli tumbuh-tumbuhan adalah lebih elok anda memeriksa ruang taman anda sama ada menerima cahaya matahari atau ruang tersebut teduh. Setelah anda mengetahui keadaan taman, anda akan lebih sedia untuk mencari tanaman yang sesuai bagi taman anda. Jangan lupa untuk memeriksa jenis tanah taman anda sama ada mempunyai saliran yang baik atau tidak. Ia penting bagi proses fotosintesis tumbuhan. Anda perlu tahu serba sedikit tentang tahap pH tanah tersebut sama ada asid atau alkali. Kebanyakan tumbuhan lebih suka tanah yang sedikit berasid tetapi ada juga tumbuhan yang perlukan tanah beralkali untuk berkembang. Kombinasi warna tumbuhan juga merupakan faktor kesesuaian susunan tumbuhan di taman. Anda perlu pastikan kombinasi yang menarik supaya taman anda tidak nampak berserabut.



Bunga anggerik , Bunga Orkid , Koleksi Orkid

  Add to Technorati Favorites

Technorati tags :   

0 comments: