Tuesday

Tips Sebelum Membeli Racun Rumpai

Apabila anda mempunyai minat berkebun, tentu sekali anda ingin keadaan kebun anda menarik dan kemas. Oleh yang demikian persekitaran yang bersih sesuai diberi keutamaan untuk mejadikan taman atau kebun anda kelihatan dijaga rapid an memberi kepuasan kepada mereka yang singgah ke taman anda. Untuk pengetahuan umum, racun rumpai boleh dikategorikan kepada dua jenis iaitu racun sentuh dan racun serap.

Racun sentuh adalah racun yang menyentuh daun rumpai atau lalang tanpa menyerap ke akar dalam proses pembunuhan tumbuhan terbabit. Kebarangkalian racun jenis ini menyerap ke akar adalah sangat kurang atau tidak langsung. Ini kerana tindak balas racun ini ke atas bahan-bahan yang diracun (daun-daun) hanya mengenai bahagian yang terkena racun dan sangat kurang atau tidak langsung meresap ke bahagian akar. Walaubagaimanapun, tindak balas racun jenis ini lebih cepat berbanding racun jenis serap. Ini kerana kandungan racun jenis ini bertindak dengan cepat ke atas daun-daun tersebut menyebabkan mudah layu dan mati. Kelemahan racun jenis ini adalah mengenai pertumbuhan balik yang lebih cepat rumpai atau lalang pada kawasan yang diracun. Namun, bagi mereka yang lebih suka kepada sesuatu yang pantas, racun jenis ini sesuai kepada anda. Tempoh yang diambil bagi kawasan yang diracun menampakkan kesan adalah beberapa jam selepas diracun.

Racun serap adalah racun yang meresap ke akar dalam proses pembunuhan tumbuhan terbabit. Racun jenis ini lebih bertindak ke bahagian akar berbanding daun-daun. Ini kerana kandungan racun jenis ini bertindak balas ke atas akar bagi menyelesaikan tugasannya. Kelebihan racun jenis ini adalah mengenai pertumbuhan semula yang lambat rumpai atau lalang pada kawasan yang diracun. Walaubagaimanapun, tempoh untuk racun jenis serap ini menampakkan kesan ke atas bahan-bahan yang diracun adalah seminggu atau lebih.

Racun rumpai dibezakan dengan kelas-kelas tertentu mengikut kekuatan kandungan racun ke atas bahan-bahan yang diracun. Antara kelas-kelas tersebut adalah Kelas Ib, Kelas II, Kelas III dan Kelas IV. Biasanya racun sentuh dikelaskan kepada Kelas Ib kerana kekuatan kandungannya adalah kuat kerana mampu membunuh rumpai dalam tempoh yang agak cepat. Racun serap biasanya dikelaskan dengan Kelas II, Kelas III dan Kelas IV. Kandungan racun Kelas II adalah lebih kuat berbanding racun Kelas III dan Kelas IV. Kebanyakan kekuatan racun adalah berdasarkan perawis aktifnya.

Penerangan di atas diharap dapat membantu anda terutama peminat bunga anggerik sebelum berhajat membeli racun rumpai mengikut kehendak anda.

(AMARAN : RACUN RUMPAI ADALAH BERBAHAYA DAN HANYA BOLEH DIJUAL KEPADA MEREKA YANG BERUMUR 18 TAHUN DAN KE ATAS)

0 comments: