Wednesday

Bunga anggerik @ bunga orkid (Kisah umum penggemar orkid)


Bagi penggemar bunga anggerik, hobi yang dimiliki mereka dapat memberi kepuasan yang mendalam kepada kehidupan mereka. Minat yang membuak-buak terhadap bunga anggerik atau lebih dikenali dengan panggilan orkid mampu menghilangkan kebosanan dan melupakan bebanan kerja seharian. Keindahan dan kecantikan bunga anggerik dapat mengaburi pemikiran yang sememangnya berserabut dengan pelbagai masalah. Penanaman anggerik merupakan hobi yang menguntungkan serta memberi keceriaan kepada pemiliknya. Anggerik dapat memberi pulangan yang tidak ternilai dari pelbagai aspek kepada sesiapa sahaja terutama yang memang menggemari bunga anggerik. Tidak dinafikan bahawa orkid atau anggerik ini boleh mendatangkan obses kepada sesiapa yang meminatinya. Tidak keterlaluan jika dikatakan penggemar anggerik tidak kisah untuk membelanjakan wang mereka semata-mata untuk mendapatkan bunga yang sedap untuk ditatap mereka. Mereka sanggup merantau kemana-mana sahaja bagi mengumpul pelbagai spesis anggerik yang belum dimiliki mereka. Mereka juga tidak kisah untuk bertukar-tukar koleksi bunga yang ada dengan penggemar-penggemar anggerik yang lain. Pada hakikatnya, kebanyakan penggemar anggerik mampu untuk menjual kembali koleksi mereka jika mereka mahu. Tetapi perasaan sayangkan koleksi-koleksi yang telah dikumpulkan sejak sekian lama mengatasi keadaan tersebut.

0 comments: