Tuesday

TANAMAN HIASAN



Tanaman hiasan atau dikenali sebagai pokok hiasan mempunyai nilai komersial yang tinggi dikalangan penggemarnya. Tanaman hiasan ialah tanaman yang ditanam bagi menghiasi dan mencantikkan sesuatu kawasan. Tanaman hiasan boleh dikategorikan kepada dua kumpulan iaitu tanaman berbunga dan tanaman tidak berbunga. Salah satu tanaman hiasan yang menjadi kegilaan pada masa kini ialah tanaman orkid atau dikenali sebagai tanaman anggerik. Tanaman orkid adalah tanaman hiasan yang berbunga. Penemuan spesis orkid yang pelbagai dan 'unik' menjadi faktor orkid berjaya ditempatkan diantara tanaman hiasan yang paling digemari baik didalam negera mahupun diperingkat global. Kecantikan kelopak-kelopak bunga orkid sangat digemari kerana kelihatan menarik dan menyegarkan mata yang memandang. Tanaman hiasan berbunga yang lain antaranya pokok-pokok bunga (bunga raya, bunga kertas, bunga mawar, bunga matahari, bunga kemboja, pokok menjalar atau parasit) dan pokok buah-buahan (pokok pisang, pokok betik, pokok kelapa, pokok kedondong, pokok jering, pokok petai).Tanaman hiasan mampu menghasilkan suasana yang segar dan nyaman kepada sesuatu kawasan serta persekitarannya. Tanaman hiasan yang tidak berbunga seperti tanaman penutup bumi (rumput), kaktus, pokok buluh, pokok sireh, pokok menjalar, keladi, lidah buaya, periuk kera dan sebagainya. Sesuatu kawasan akan kelihatan menarik bergantung pada kreativiti dan susunan tanaman hiasan terbabit. Kombinasi yang sesuai mampu memberi kepuasan yang diingini. Perlu diingat bahawa tempat meletakkan tanaman hiasan tidak hanya terbatas dilantai atau diatas tanah sahaja sebaliknya boleh digantung, diikat dan disimpul. Jangka hayat tanaman hiasan juga perlu diambil kira sekiranya tidak mahu melakukan penggubahan yang kerap terhadap sesuatu kawasan.

Add to Technorati Favorites

Technorati tags :

0 comments: