Tuesday

POKOK DAN KAWASAN




Kesesuaian lokasi sesuatu tumbuhan bergantung kepada keadaan fizikal tumbuhan terbabit. Kawasan yang luas boleh ditanam dengan pelbagai tumbuhan termasuk pokok buah-buahan termasuk pokok mempelam, mangga, nangka, cempedak, kedondong, tembikai dan sebagainya. Namun begitu kawasan yang tidak begitu luas boleh diaplikasikan dengan tumbuhan dalam pasu bersesuaian dengan lokasi tersebut. Kalau di kawasan perumahan atau flat secara logiknya penanaman pokok-pokok besar tidak praktikal kerana boleh menyebabkan gangguan kepada umum pada masa akan datang. Ini kerana akar-akar pokok yang besar ini boleh menyebabkan struktur-struktur konkrit rosak dan sekiranya sudah mencapai ketinggian yang melampau boleh mengakibatkan tersangkut pada kabel-kabel elektrik. Pokok-pokok dalam pasu merupakan alternatif lain untuk penggemar tanaman. Pokok dalam pasu sesuai untuk kediaman seperti flat, rumah pangsa, kondominium, rumah teres dan sebagainya. Kelebihan pokok yang ditanam dalam pasu ialah mudah dialihkan mengikut kehendak masing-masing tanpa perlu merosakkan pokok itu. Pokok bunga-bungaan antara pokok kegemaran ramai untuk diabadikan dalam pasu. Sayur-sayuran pula bagus ditanam kerana dapat diabadikan dalam masakan harian. Kebanyakan orang berasal dari kampung dan minat dalam hal-hal pertanian tidak dapat lari dari kehidupan harian cuma yang membezakannya malas dan rajin sahaja.


Add to Technorati Favorites

Technorati tags :

0 comments: