Friday

Bunga Anggerik Vs Periuk Kera

Kemajuan sector pertanian pada masa kini memberi impak yang positif kepada penggemar-penggemar tanaman terutama tumbuhan hiasan. Kebanyakan penggemar tumbuhan hiasan ini sanggup berbelanja lebih semata-mata memenuhi hajat yang terpendam.
Saingan bunga anggerik pada masa kini ialah periuk kera. Periuk kera ialah sejenis tumbuhan hiasan yang semakin digemari oleh sebahagian rakyat Malaysia dan serantau dengannya kerana keunikan struktur tumbuhan terbabit berbeza dengan tumbuhan lain. Periuk kera juga adalah tumbuhan yang mampu memerangkap serangga dalam ‘bekas’ periuknya.
Walaupun perkembangan periuk kera semakin meningkat, namun populariti bunga anggerik tidak terjejas. Kedua-dua tumbuhan yang berbeza ini mempunyai nilai komersial yang tersendiri dimana mampu menarik minat pengumpul-pengumpul tumbuhan hiasan. Bunga anggerik atau orkid dengan bunga-bungaan menarik dan pelbagai. Manakala bagi periuk kera, kepelbagaian ‘bekas’ periuk kera yang unik berjaya menambat hati para penggemarnya. Walaupun penjagaan kedua-dua jenis tumbuhan ini agak rumit, namun kerumitan tersebut mendatangkan kepuasan apabila menampakkan hasil yang ‘sedap’ dipandang.
Orkid dan periuk kera mampu memberi pulangan yang menguntungkan kepada peniaga-peniaga tumbuhan terbabit. Kedua-duanya mempunyai nilai pasaran yang tinggi jika spesis-spesis tertentu sukar ditemui. Tidak hairan jika penjual tumbuhan-tumbuhan ini sanggup berkejar ke sana sini semata-mata mendapatkan stok yang mendapat permintaan ramai kerana pulangannya sangat menguntungkan. Apabila mata sedap memandang, hati pula tertawan.

0 comments: